Justeru itu, segala aktiviti yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan kaedah aura, warna dan cahaya ini akan lebih mendekatkan seseorang kepada Illahi...
Manfaat cahaya dan warna terbahagi pada 2 iaitu digunakan untuk tujuan rawatan kepada masalah kesihatan dan kedua menambah keserian pada wajah bagi menyerlahkan lagi penampilan diri dan persekitaran..
Memang tidak dinafikan konsep terapi warna dan cahaya ini mempunyai nilai terapeutik yang tinggi. Menurut ahli neurologi dan psikologi, Dr Valeri V.Hunt dari Nasa Space Program United State, terdapat dua asas sistem elektrik dalam badan fizikal manusia.
- Pertama, pancaran arus elektrik sistem saraf dan otak yang menghubungkan otot-otot,hormon dan fizikal.
- Kedua, pancaran yang dinamakan elektromagnetik daripada atom-atom yang bertukar tenaga kepada tenaga dalaman ke tenaga luaran dari alam semesta.
Warna dan cahaya pada tubuh manusia berbeza-beza dari kepala sampai kebahagian kaki. Sebagai contoh jika seseorang itu terkena penyakit beguk(bengkak dileher), cara rawatan bagi orang-orang dulu kala akan menyapu nila ditempat yang bengkak itu. Jadi bahagian leher memiliki getaran gelombang berwarna biru. Apabila disapu bancuhan nila(berwarna biru)gelombang biru pada nila akan mengembalikan getaran yang normal pada leher yang bengkak tadi.
Inilah keindahan ciptaan Allah S.W.T yang menciptakan alam ini dengan penuh warna-warna. Pada tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok Allah ciptakan pelbagai rupa dan warna. Warna merupakan terapi semulajadi pada manusia. Segala nikmat ini perlu kita pelihara sebagai satu anugerah dari ALLAH S.W.T.
SUMBER dari:MW Bil 1343 14-30 ogos 2009